Kami mengurus semua jenis masalah hartanah – dari jual beli, renovasi, pusaka, pecah lot hingga isu undang-undang, dengan pendekatan profesional, telus dan tanpa beban kos awal.

🔴 Siapa Kami

AIMAR ialah pusat penyelesaian hartanah menyeluruh yang berpusat di Temerloh, membantu pemilik rumah, waris, pelabur, dan veteran ATM menyelesaikan pelbagai isu hartanah, tanpa mereka perlu keluarkan walau satu sen.

Sejak 2019, AIMAR telah menangani ratusan kes yang rumit:
• Rumah terbengkalai
• Rumah rosak & rumah lama
• Notis lelong & tunggakan bank
• Pecah lot tanah
• Pertindihan pusaka
• Rumah tinggal jauh / tiada waris
• Projek pembinaan tidak siap
• Lucut hak tanah
Dan banyak lagi.

AIMAR bukan sekadar servis. Kami penyelesai masalah.
Kami ambil alih, urus A–Z dan menanggung semua kos, owner hanya tunggu hasil.


🔴 Misi Kami

Untuk menyediakan penyelesaian hartanah yang cepat, telus, dan tanpa beban kewangan, supaya setiap pemilik rumah dapat keluar dari masalah dengan tenang.


🔴 Visi Kami

Menjadi One-Stop Property Solution paling dipercayai di Malaysia, tempat di mana pemilik rumah boleh serahkan masalah rumit tanpa risau, dan pasti diselesaikan secara profesional.


🔴 Nilai AIMAR

1. Integriti

Tiada caj tersembunyi. Tiada janji manis.
Apa yang dijanjikan, itu yang anda terima.

2. Profesional

Disokong pasukan lengkap:
Kontraktor • Arkitek • Juruukur • Lawyer panel • Ejen hartanah berdaftar • Konsultan kewangan.

3. Kefahaman

Ramai pemilik rumah terdesak kerana kos pembaikan yang tinggi dan proses yang rumit.
AIMAR wujud untuk mengurangkan beban, bukan menambahkannya.

4. Telus & Win-Win

Segala persetujuan jelas dari awal.
Owner tahu apa mereka dapat, dan AIMAR pikul semua risiko.


🔴 Kenapa AIMAR Wujud

Ramai pemilik rumah hilang arah apabila berdepan masalah hartanah:

• Rumah terbengkalai bertahun-tahun
• Tidak mampu bayar pembaikan
• Notis lelong dari bank
• Tak tahu proses pecah lot
• Pusaka terlalu rumit untuk diselesaikan
• Tinggal jauh dari lokasi rumah
• Ditipu kontraktor
• Tidak ada modal untuk memulakan apa-apa

AIMAR ditubuhkan untuk menjadi “one-stop center” yang mengambil alih sepenuhnya — dari kerja teknikal, pentadbiran, guaman, renovasi, pemasaran, jual beli, hingga selesai.

Dengan AIMAR, pemilik rumah tidak perlu risau.
Tidak perlu hadir ke mana-mana.
Tidak perlu keluar duit.
Hanya tunggu keputusan.


🔴 Tagline

AIMAR – Property Solutions Since 2019

Ada masalah hartanah? Serahkan pada AIMAR

Kami urus A–Z, anda hanya tunggu hasil. Zero cost. Zero risk!